LENCANA DAN LAGU SEKOLAH



LENCANA SEKOLAH

Pengertian Lencana :

Buku : Melambangkan ilmu pengetahuan

Lilin : Bermaksud ilmu pengetahuan dapat menerangi hidup dan sebagai simbol cahaya terang kegelapan.

Separuh Bulatan : Bermaksud ilmu itu sesuatu suci murni

Jalur Merah Putih : Mengambil sempena jalur yang terdapat pada jalur gemilang.

Warna Biru : Melambangkan perpaduan kaum dan semangat muhibbah.

Warna Kuning : Melambangkan kedaulatan raja-raja

Warna Merah : Maksudnya berani dan bersemangat dalam pelajaran mahupun kokurikulum.


‘’ Berpendidikan, Berilmu, Berbakti ‘’

Bermaksud insan yang berpendidikan dapat menggunakan ilmu pengetahuan
yang diperolehi untuk memberi sumbangan yang berguna kepada
Negara, Bangsa dan Agama.





LAGU SEKOLAH


JASAMU KU SANJUNG KU HARGAI
S.K SELAYANG JAYA
MENDIDIK KU KE PUNCAK MENARA
TERCAPAI CITA YANG MULIA

KEPADA GURU-GURU SEMUA
KAMI KENANG BAKTIMU
DISIPLIN DAN PENUH DEDIKASI
AMALMU SETIAP HARI

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA
MEMBINA NEGARA JAYA
BERPENDIDIKAN, BERILMU, BERBAKTI
PADAMU IBU PERTIWI

BELAJAR TANPA MERASA JEMU
ITULAH AZAM KAMI
HARAPANMU BANGSA DAN KELUARGA
TIDAK KAMI PERSIAKAN