SEJARAH SKSJ

Ditubuhkan pada 4 Jan. 1988 dengan bilangan murid seramai 849 orang, 25 orang guru dan 17 buah kelas meliputi tahun 1 hingga tahun 6.

Sebelum Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya ini dibuka murid-murid tersebut telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Selayang Baru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Selayang. Kedua-dua sekolah ini sangat jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka memerlukan sebuah sekolah yang lebih dekat. Atas permintaan penduduk-penduduk disekitar Taman Selayang Jaya ini kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah sekolah disini. Sekolah tersebut diberi nama Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya.

Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya terletak dikawasan perumahan yang dikenali dengan nama Taman Selayang Jaya, di dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

Di sekeliling taman ini terdapat beberapa taman perumahan lain seperti Taman Selayang Utama, Taman Bidara, Taman Selayang Indah, Taman Selayang Bahagia , Taman Seri Melati, Taman Desa Bakti, Taman Wilayah Selayang, Taman Intan Baiduri, Taman Bukit Idaman dan dua buah petempatan lama Kampung Selayang Pandang dan Kampung Selayang Bahagia.

Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mempunyai pelbagai kemudahan baik dari segi pasarana, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti luar sekolah. Hasil daripada komitmen jitu daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta kreatif, pelbagai kejayaan telah dikecapi baik dari segi akademik dan kokurikulum, namun kebajikan dan kepentingan para pelajar tetap diutamakan. Kini sekolah Kebangsaan Selayang Jaya mempunyai 570 orang pelajar dari pelbagai kaum. 58 orang daripadanya adalah murid-murid pendidikan khas dan 25 orang murid Prasekolah.


SENARAI GURU BESAR

1 En. Abdul Rahim bin. Abu Bakar 1988-1989
2 Tn. Haji Aminuddin bin. Muhammad 1990-1997
3 Pn. Siti Rahmah bt. Buhairah 1997- April 2003
4 Pn. Jamilah Abd. Rahman Jun 2003- FEB 2010
5 En. Kamis Bin Md Nor Mac 2010-kini


PIAGAM PELANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA


Bahawasanya di atas rasa tanggungjawab ke arah menuju wawasan untuk melahirkan generasi yang berketerampilan, maka Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya dengan sesungguhnya akan berusaha untuk memastikan :

1. Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya intelek, ketahanan mental dan fizikil serta berfikiran positif.

2. Peningkatan penguasaan 3M bagi setiap pelajar di akhir persekolahan.

3. Penglibatan yang menyeluruh dalam kurikulum dan kokurikulum.

4. Mempertingkatkan status pelajaran yang inovatif , kreatif dan bermotivasi.

5. Keunggulan iklim pelajaran yang aman dan harmonis di kalangan guru dan kakitangan.

6. Mengamalkan suasana kerja berpasukan, cekap dan mesra di kalangan guru dan kakitangan.

7. Keutuhan masyarakat sekolah yang penyayang dengan penerapan nilai-nilai murni.

8. Berkerjasama dan menjalinkan hubungan erat dengan ibu bapa, masyarakat dan institusi pendidikan.