SEKAPUR SIREH DARI MEJA
GURU BESAR
GURU BESAR
Alhamdulilah syukur kepada Allah , atas rahmat dan inayahNYA dapat kita menyambung tugas yang mulia di sisiNYA. Kelahiran 2010 menambahkan lagi usia sekolah . Harapan kita agar dengan kematangan usia tersebut semestinya SKSJ dapat menyusuri haluan dan matlamat yang lebih matang dan mantap mendepani harapan dan gagasan masyarakat dengan lebih meyakinkan.
Untuk itu, pada tahun 2010, Piagam Pelanggan, Piagam kerja dan Slogan sekolah perlulah diamalkan secara komprehensif. Dengan kematangan prinsip SKSJ itu diharapkan akan dapat mengajak, menggerak dan merangsang tenaga kerja dan tenaga sumber SKSJ lebih menjiwai tugas yang diamanahkan Allah sebenarnya. Justeru, segala perancangan program dan aktiviti SKSJ seharusnya didasari keperluan piagam penggunanya. Pelaksanaanya pula berteraskan piagam kerja yang menggaris pandukan sikap, inisiatif, inovatif dan proaktif.
Jika dilihat daripada prestasi akademik dan kokurikulum 2010 Alhamdulilah , SKSJ telah memperolehi kejayaan yang amat memberangsangkan. Sudah tentu pencapaian kejayaan ini bergantung kepada kesungguhan dan komitmen seluruh warga sekolah, ibu bapa dan murid-murid khasnya . Peranan PIBG yang sentiasa mengambil berat dalam permasalahan serta meyumbang idea, tenaga dan kewangan hampir dalam semua aktiviti sekolah memang amat dihargai dan hasilnya diberkati. Insyaallah.
Walaubagaimanapun SKSJ masih perlu memperbaiki kelemahan dan banyak perkara yang perlu dijana dan dilaksana secara bersama. Sekali lagi ditegaskan, kejayaan SKSJ seharusnya dilihat secara kolektif hasil daripada semua pihak. Pada tahun 2010 ini, beberapa strategi baru diberi penekanan untuk memastikan kecemerlangan SKSJ pada akhir tahun ini. Kunci kejayaan yang mesti menjadi pegangan adalah kerja berpasukan dan setia kawan yang akrab disamping sentiasa berdoa kepada ALLAH akan keberkesananNYA . Semoga kita selalu di bawah perlindunganNYA.
‘’ Berpendidikan, Berilmu, Berbakti ‘’
Terima kasih,
EN KAMIS BIN MD NOR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan